Jari itu Menuding Siapa
Hari ini aku mula menulis tentang hal yang selalu berlaku di persekitaran kita walaupun hari ini hari pertamaku mereka blogspot.Itupun hasil tunjuk ajar daripada bekas anak muridku yang kini juga menjadi seorang pendidik.Alhamdulillah suatu kejayaan kecil namun sesuatu yang harus dibanggakan kerana dalam arus pancarobah dalam medan global ini, kemenjadian seseorang individu menjadi seorang yang berguna harus dipuji.Bukan senang...kan untuk lalu dilaluan ini ke arah destinasi yang kita tuju.Ya...masih banyak lagi cabaran hidup yang bakal kita tempuhi pada hari-hari yang mendatang.Namun setiap kejadian yang baik harus kita segerakan rasa kesyukuran kita.
Baiklah, hari ini aku ingin bercakap tentang sikap yang suka menuding jari atas apa-apa yang berlaku terutamanya apabila apa-apa yang berlaku itu berkenaan tentang kesilapan atau kesalahan.Sememangnya kebenaran apa-apa pun yang pahit sukar diterima, tetapi sangat mudah untuk kita menghalakan kesilapan itu kepada orang lain. Hal ini semuanya untuk ketenangan jiwa dunia sahaja.Orang-orang sebegini lupa pada ketenangan pada hari akhirat.Diharap-harap kita bukanlah individu-individu yang tergolong dalam golongan sebegini.
Aku ada sebuah kisah yang pernah diceritakan oleh seorang sahabatku pada suatu ketika aku berbicara dengannya di sebuah restoran makan segera.Menurutnya, dia ada bermimpi tentang suatu mimpi yang sedih dan boleh dilakarkan sebagai suatu kisah kejadian semasa.Kisahnya begini...
Lokasi kejadian kisah adalah di sebuah ladang kelapa sawit.Nama Ladang tersebut hanya kuhikayatkan sebagai Ladang Minda Sdn. Bhd.Ia diurus oleh seorang pengurus yang berpengalaman dalam bidang perladangan kelapa sawit. Sahabatku memaklumkan bahawa pengurus itu kira-kira sudah ada pengalaman selama 25 tahun dalam bidang ini. Namanya kikura kita namakan sahaja Tuan Pengurus lama. Seseorang penuh ilmu di dada...kan.Namun tersebut alkisahnya pengurus tersebut dinaikkan pangkat ke satu division yang lain dan lebih atas daripada ladang sebelumnya....Pengurus baru pula dilantik di Ladang Minda Sdn. Bhd.Namanya kukira kita namakan sahaja Tuan Pengurus Baru.
Berbeza dengan Tuan Pengurus Lama, Tuan Pengurus Baru ini agak 'Low profile" orangnya.Dia lebih banyak bergaul dengan orang-orang bawahannya dan sangat menjaga kebajikan para pekerjanya. Semua kemudahan untuk para pekerja ladang berkenaan diperbaharui serta dibaiki demi menjaga keselesaan dan kebajikan para pekerjanya. Ini bermakna, hal-hal sebegini tidak berlaku semasa pengurusan sebelum ini.
Para pekerja ramailah yang suka bekerja di bawah pengurusan Tuan Pengurus Baru ini. Output Ladang Minda Sdn. Bhd. pun meningkat secara mendadak.Pendapatan para pekerja pun turut meningkat kerana mereka sudah mulai suka membuat kerja lebih masa. Sudah tentu dibayar upah tambahan. Kehebatan Tuan Pengurus Baru ini tersebar luas dalam kalangan pengurus-pengurus ladang. Termasuklah kepada Tuan Pengurus Lama.
Maka suatu hari diadakan sebuah majlis makan malam di ladang Minda Sdn.Bhd.Individu-individu yang yang hadir itu sudah semestinya individu-individu yang berjawatan hebat dalam syarikat perlandangan Ladang Minda Sdn. Bhd.Termasuklah pemilik Ladang Minda Sdn. Bhd. iaitu Datuk Dr. Sang Pemilik Ladang.GPC (General plantation Controller) iaitu En. GPC. CEO nya juga hadir yang bernama En. CEO.Tidak ketinggalan Tuan Pengurus Lama turut datang.Ramai lagilah yang hadir ke majlis makan malam Ladang Minda Sdn.Bhd. Sambutan sangat meriah dan melibatkan semua kerjasama para pekerja Ladang Minda Sdn.Bhd. Semuanya adalah hasil komitmen Tuan Pengurus Baru mengelolakan Majlis makan malam tersebut.
Entahkan bagaimana, Tuan Pemilik Ladang tadi beriya-iya hendak meninjau-ninjau Gudang simpanan baja Ladang berkenaan. Untuk pengetahuan, Gudang simpanan baja itu, dilengkapi kemudahan sistem data bekalan keluar masuk baja yang diletak dalam satu bilik khas. Setelah selesai menjamu selera, Tuan Pemilik Ladang pun bergerak ke gudang berkenaan. NAmun sebaik sahaja masuk ke gudang tersebut, kelihatan hanya separuh sahaja ruangan baja itu ada muatan.Maka Tuan Pemilik pun pergilah memeriksa data-data baja berkenaan.Data yang diperolehi adalah sepatutnya baja-baja tersebut memenuhi ruangan penyimpanan baja itu keran yang dihantar daripada Pembekal adalah banyak.Tanpa membuat siasatan terlebih dahuluTuan Pemilik Ladang telah berfikiran bahawa Tuan Pengurus Baru tidak boleh diharap maka ia diarahkan berpindah ke cawangan Ladang Minda Sdn. Bhd yang lain.Tuan Pengurus Lama pula yang menyaksikan situasi itu hanya senyum sini sahaja...seolah-olah bukan salahnya...
Walhal..Tuan Pengurus Baru itu banyak memulihkan keadaan dan penyelewengan semasa pengurusan Tuan Pengurus Lama.Namun disebabkan Tuan Pengurus Baru ini sangat jujur dan ikhlas berbakti, dia tidak pernah memburuk-burukkan nama Tuan Pengurus Lama walaupun semua kelemahan yang wujud semasa Pengurusan baru ini adalah warisan daripada Tuan Pengurus Lama...
...Aku tida menghabiskan kisah ini kerana ia hanya sebuah naratif rekaan tetapi kisah dalam cerita ini mungkin ada persamaan dengan kehidupan sehari-harian kita...kan? Persoalannya di sini, jikalau kita susurr galurkan pesalah-pesalah yang terlibat dalam hal ketercalaran imej atau maruah Tuan Pengurus Baru ini adalah berpunca daripada Tuan Pengurus Lama...Kan?Tetapi apabila Tuan Pengurus itu dipindahkan, orang-orang sekeliling akan menghukumnya dengan kata-kata yang dia sendiri tidak dengar tetapi boleh merasa secara naluri...Mungkin umpatan itu tentang ia dikatakan pengurus yang tidak berwibawa dan tidak boleh diharap...siniskan...kadang-kadang kita hanya berdiam dan tidak mahu mencari pasal ataupun kita kuat mempertahankan prinsip kita tidak mahu memburuk-burukkan orang, kita sendiri akan terkena perkara yang kita ingin elakkan daripada hidup...Kepada masyarakat sekeliling pula, mereka hanya pandai menyambung cerita-cerita yang mereka hanya dengar daripada kejauhan pancaindera pendengaran...
Maka renung-renungkanlah akan perkara ini ya...semoga kita bukanlah individu yang menjadi pemangsa dan menjadi mangsa...
Dariku,
Hentian Suai...'11.
Thursday, 3 March 2011
NIAGA
...Hai, ruang niaga ini untuk memaparkan koleksi-koleksi tudung marish untuk dijual. Namun gambar-gambarnya belum ada lagi sebab saya masih dalam proses mereka blog ini. Harap difahami...
Hari Pertamaku dengan Blog...
...Ehm...agak lucu rasanya jemari-jemariku menekan laptop ini kerana baru hari ini sahaja aku pandai mereka blog...dan yang lucu tapi seriusnya ialah bekas anak murid aku yang mengajar membuat blog ini.....
http://worldmarish.blogspot.com/
http://worldmarish.blogspot.com/
Subscribe to:
Posts (Atom)